Penggunaan bahasa dalam dunia siber
Jika korang aktif bersukan..
Teringat beberapa owang kawan aku sewaktu aku berusia belasan tahun.. Kawan kawan bola gitu. Mereka wakil negeri dan juga negara utk pertandingan antarabangsa, bawah 18 tahun.
Dan kebanyakan mereka pasti akan alami masalah dengan lutut. Aku pelik gak la sehinggalah aku berusia 40 tahun dan alaminya sendiri.. Hurmmmm... Baru tahu betapa sakitnya bila melibatkan lutut dan yg pasti, satu kehilangan!! Tolong jangan sampai bahagian tu rosak yer. Jaga elok elok anggota badan kita.
Dan tadi.. Ternampak di Lazada ada buat jualan murah. Terus aku beli dua pasang. Buat gi gym dan jogging gitu.. Ok gak la harganya. Lama dah cari brand ni..
Dan kebanyakan mereka pasti akan alami masalah dengan lutut. Aku pelik gak la sehinggalah aku berusia 40 tahun dan alaminya sendiri.. Hurmmmm... Baru tahu betapa sakitnya bila melibatkan lutut dan yg pasti, satu kehilangan!! Tolong jangan sampai bahagian tu rosak yer. Jaga elok elok anggota badan kita.
Dan tadi.. Ternampak di Lazada ada buat jualan murah. Terus aku beli dua pasang. Buat gi gym dan jogging gitu.. Ok gak la harganya. Lama dah cari brand ni..
Yang ada sekarang ni pon dok melasak setiap masa. Yg tu gak buat jenjalan.. Yg tu gak la buat g gym.. Solat.. Huhu.. Ni beli boleh buat eksklusif utk bersukan. Dan harap sampai minggu depan. Nak join larian selamatkan hutan kita gitewwwwww.. Hahahaa.. Jom la join. Bestt woo..
Nasihat aku.. Jika korang kaki futsal, badminton atau sukan yg mmg byk pengerakkan (chess, dam ular takyah), sila la guna yer..
Di mana orang tua mereka?
Huh.. Giler berani atau bodoh giler namanya? Tapi diorg ni budak budak. Mana nak paham kalau dibebelkan. Tapi mengikut pengalaman aku la masa jadi budak budak... yang mampu menakutkan mereka ialah PENJARA! Bagi dua malam dalam penjara bersama orang orang dewasa, pasti akan menginsafkan.
Tapi kalau budak budak je dipersalahkan, pon tak boleh gak. Mana orang tua mereka? Sibuk cari duit atau dah tak larat nak cakap dah? Budak skang dah mampu berfikir di luar kotak. Kononnya la bijak dari orang dewasa. Tapi bila kena langgar, MAK jugak dijeritnya. Hurmm..
Maka.. Untuk elak kes kes begini, kena pantau la anak anak kita tu. Jangan dibiar hilang berkawan tak tentu arah. Basikal tu, tgk tgk la.. Kalau mengarut je design tu.. Kasi hantam picah saja maaa... Jangan tunggu kereta hantam picah, baru mau nyesal! Talak guna lor.
Sian orang tua.. Masa kecik kecik.. Dijaga sampai nyamuk nak intai pon takut. Dah besar.. Hurmmm...
Penggunaan baby seat di kalangan ibu bapa di malaysia, sangatlah mendukacitakan ?
Aku ke Rampai Puteri Medical Center semalam. Di sana , tertarik dengan satu bunting yang ada di depan pintu masuk hospital tu. Kening aku berkerut. Woww ! Sampai gitu sekali ketegasan mereka. Ternyata mereka bukan sekadar nak 'berniaga' tetapi sebenarnya nak memberikan perkhidmatan terbaik sehingga ke luar pintu ! Dan mementingkan keselamatan pelanggan mereka.. Dasat sungguh aihh !
Dan secara jujurnya.. aku dan wife kena didik penggunaan baby seat ni bila berjalan sekeluarga. Biasanya wife akan pangku. Si kecik tak nak duduk dalam tu. Tapi bila aku atau wife bergerak sendirian , dia ok je duduk dalam tu. Hurmmm...
Bahaya ? Ada yang kata tak bahaya.. dia boleh pegang dengan kemas , katanya.. Hurmm. Kalau di'google' dengan keyword Bayi Tercampak Keluar Dari Kereta , pastinya akan jumpa banyak kes kes gini. Tapi mengapa kita masih lagi tidak mengendahkannya ? Mengapa aku masih belum amik tindakan ? Hurmmm...
Teringat kenalan aku yang mengalami kemalangan hujung tahun lepas. Hurmm... Menurutnya isteri dia memangku anak dia yang berusia setahun ketika kejadian. Dia terbabas dan melanggar tebing jalan. Apa yang berlaku seterusnya... korang boleh bayangkan. Nasib baik mereka sekeluarga cedera ringan tetapi si kecil terlepas juga dari tangan. Satu sesalan dan peringatan buat aku juga.
Baby Seat mahal ? Kalau cari yang berjenama , memang laa mahal. Ada pre loved atau second hand. Masih cantik dan bersih. Boleh je beli kan ? Di Rampai Puteri Medical Center sendiri ada jual. Harga dalam RM350. Jika tiada bajet , boleh je ke QQ Baby Shop.
Hurm... Apakah benar tahap kesedaran kita masih teruk mengenai penggunaan baby seat ni ? Atau kita punya alasan lain sebab tak nak guna ? Hurm... Aku sendiri kena bincang ngan wife.. Huhuh...

